Dulu, waktu kecil-kecil, aku selalu fikir, kalau aku mahu kahwin, aku mesti dan wajib kahwin dengan lelaki yang ada emak. Sebab utama aku mewajibkan diri aku berkahwin dengan lelaki yang ada emak adalah supaya bila aku dapat anak nanti, ada orang boleh ajar aku cara nak jaga anak. Plus, emak mertua aku nanti boleh tolong jaga anak aku bila aku dan encik suami pergi bekerja.
Tetapi sehingga ke hari ini, setelah 23 tahun hidup, hati aku hanya melekat dengan lelaki yang sudah ‘ditinggalkan’ emaknya. Bukan sekali hati aku melekat (dengan gam yang paling kuat), tetapi hampir tiga kali.
Gila bukan?
Sekarang, bila dah besar, aku fikir, aku semakin takut untuk berkahwin. Aku takut untuk berkahwin bila memikirkan kemungkinan aku akan mati awal, lalu meninggalkan anak-anak aku bersama encik suami. Dan bila encik suami berkahwin lain, anak-anak aku akan ada emak tiri, dan melalui kembali ‘hidup bahagia’ yang aku pernah rasa.
Oh, aku tak sanggup begitu.
Tapi, pemikiran yang ini lebih gila. Kan?

No comments:
Post a Comment