28 September: hari lahir encik bapak
Jadi, di sini aku dengan rasa penuh kesyukuran mahu ucap kepada encik bapak, “selamat hari lahir!”
Tahun ni tiada hadiah, sama juga seperti tahun-tahun sebelum ini. Bukan aku tak mahu bagi hadiah, tapi aku tak tahu nak bagi hadiah apa. Sebab itu sampai sekarang, tiada hadiah walau sebuah yang aku pernah bagi kepada encik bapak.
Tapi yang sebenarnya, ada satu hadiah aku mahu sangat bagi kepada encik bapak. Dah lama dah nak bagi hadiah ni, start dari matrik mungkin. Tapi sampai sekarang belum berkesempatan.
Hadiah apa?
“Seorang menantu yang boleh dibuat anak”-seperti kata encik bapak sewaktu sembang-sembang petang di suatu hari.
Jadi, untuk hadiah itu, aku belum ada. Kita tengok tahun depan bagaimana.
Boleh begitu?
Sekali lagi, selamat hari lahir untuk encik bapak tersayang!
p/s: terima kasih ya Allah kerana masih meminjamkan seorang bapak kepada kami. Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment