Aku suka belajar bahasa. Dari dulu lagi. Tidak kira bahasa apa, memang aku suka. Sebab aku tahu, bahasa itu sangat penting. Dengan bahasa aku boleh kenal banyak benda. Dengan bahasa aku akan dapat banyak faedah.
Faedah yang paling hampir, aku boleh berkomunikasi dengan semua kaum. Memang di Malaysia, untuk berkomunikasi dengan kaum-kaum lain kita menggunakan bahasa melayu, yang telah dimalaysiakan sekarang. Tetapi aku tak mahu sentuh tentang isu ini. Aku tak layak. Tak mampu juga. Kalau menyentuh biar sampai terus ke hati, bukan di permukaannya sahaja. Jadi kita biarkan sahaja yang itu.
Sekali lagi, aku suka belajar bahasa. Tetapi benda yang realiti di sebalik kesukaan itu ialah, aku tak pernah menguasai mana mana bahasa dengan cemerlang.
Lucu bukan?
Contoh mudah, Bahasa Inggeris. Aku akui, sehingga saat aku menulis entri ini, aku masih belum menguasai Bahasa Inggeris dengan sepenuhnya, sedangkan bahasa ini sudah dipelajari sejak zaman tadika lagi. Ya, aku tahu ini sungguh aneh. (ah, ini juga satu lagi isu yang boleh bikin kacau)
Memang aku kecewa. Kerana cita cita asal aku yang paling asli ialah untuk menjadi seorang penterjemah bahasa. Tetapi kalau Bahasa Inggeris yang sudah lama dipelajari itu pun aku belum mampu kuasai, manakan mungkin aku menguasai bahasa bahasa lain.
Kecuali aku berusaha bersungguh sungguh hingga ke tahap infiniti. Mungkin.
Jadi, itulah yang major-belajar bahasa negara manusia lain.
Yang minornya, adalah belajar bahasa negeri-negeri lain di Malaysia. Juga dinamakan sebagai loghat. Atau dialek.
Aku tak nafikan, Malaysia memang unik kerana mempunyai 13 buah negeri yang mengamalkan 13 loghat. Dan aku berasa teruja untuk belajar semua loghat tersebut.
Tetapi macam biasa, aku masih belum mampu menguasai semua loghat. *Senyum*
Realitinya, loghat yang paling senang untuk aku tuturkan pada waktu sekarang adalah loghat negeri Kelantan. Walaupun belum cukup sabdunya, masih boleh diterima pakai mungkin.
Cumanya, aku baru sedar, ada satu bahasa yang aku fikir, paling sukar untuk difahami. Dan paling sukar untuk dikuasai. Dan aku fikir, untuk bahasa ini, kita tidak mungkin disediakan satu kursus khas. Kalau ada, sungguh aku mahu daftar.
Apa? Ya, itulah dia ‘bahasa hati’
Bayangkan, jika di dalam satu bilik terdapat sepuluh orang manusia, maka sudah sepuluh ‘bahasa hati’ yang perlu kita fahami. Mampu kah? Aku jujur, aku tak mampu.
p/s: tidak perlu bersusah payah memahami 'bahasa hati' aku kerana aku sendiri tidak memahami 'bahasa hati' kamu

No comments:
Post a Comment