22 September 2010: ulangtahun kematian emak aku yang ke 23
Jadi, sudah 23 tahun lamanya aku hidup tanpa seorang wanita yang bergelar emak. Atau ibu. Atau mama. Atau umi.
Atau apa apa sahaja panggilan. Aku tidak pernah ada panggilan itu, kerana aku tidak berpeluang (eh, tidak berkesempatan) untuk menggunakan panggilan tersebut.
Jadinya, selama 23 tahun ini, kalau kamu yang membaca bertanya kepada aku apakah rasanya hidup tanpa seorang emak, jawapan aku adalah : ENTAH
Kenapa ENTAH?
Jawapan kembali, entah.
Aku tidak tahu apa rasanya, kerana aku sudah tiada perasaan untuk benda benda seperti itu. Jadinya memang jawapan untuk soalan tadi adalah entah.
Tetapi kalau kamu yang membaca mendesak untuk aku memberikan juga satu jawapan, maka jawapannya adalah: aku 'janggal' menyebut perkataan EMAK.
Sekian. Al-Fatihah
p/s: entah itu juga sebenarnya adalah satu perasaan, yang tidak boleh digambarkan dengan sekumpulan abjad abjad.
No comments:
Post a Comment