Kita punya banyak sebab untuk kagum, dan admire dengan seseorang dari jauh, juga secara senyap-senyap. Tetapi ini tidak termasuk admire terhadap kaum yang berlawanan jenis, dengan niat untuk bercinta. Ini lebih dari itu. Ini lebih bersikap rasional.
Kadang-kadang kita kagum dengan seorang kawan, kerana sikap kepimpinannya.
Kadang-kadang kita kagum dengan seorang kawan, kerana sikap keberaniannya.
Kadang-kadang kita kagum dengan seorang kawan, kerana kemahirannya melukis.
Kadang-kadang kita kagum dengan seorang kawan, kerana kemahirannya mengambil gambar.
Ya, seperti itulah, kita punya banyak sebab. Kan? (susah juga kalau nak senaraikan semua)
Jadi, memang lain orang, lain kelebihannya, lain kemahirannya. Dan atas sebab-sebab inilah kita patut dan perlu menghargai orang-orang di sekeliling kita. Walaupun kadang-kadang kita terlihat dan terkesan sedikit kelemahannya, juga keburukannya, janganlah terus menghukum kerana percayalah di sebalik kelemahan itu, pasti tersembunyi sedikit kelebihan yang kita tiada.
Aku akui, aku memang sejenis manusia yang selalu mengagumi seseorang dari jauh. Kenapa dari jauh? kerana setiap kekaguman yang aku rasa, aku tidak pernah khabarkan secara terus kepada tuan badan. Kalau ada pun, mungkin jarang-jarang sekali. (Jadi manusia-manusia di sekeliling aku selalu beranggapan yang aku tidak pernah mengambil tahu dan kisah tentang mereka, padahal sebaliknya)
Begitulah. Aku fikir setiap kekaguman yang aku rasa, aku tidak perlu khabarkan terus kepada tuan badan. Aku tidak selesa begitu. Atau malas memuji mungkin? Oh ya, kalau aku malas memuji, sama juga seperti aku tidak gemar dipuji. Kerana setiap pujian yang keluar dari mulut manusia manusia lain, difahami sebagai sindiran bagi pihak aku.
Tetapi yang jelasnya, aku kagum dengan mereka yang mampu melakukan sesuatu yang aku tidak mampu, juga menyembur sedikit inspirasi kepada bunga hati aku yang kadang-kadang layu. Contoh perkara yang boleh membuatkan aku kagum dengan seseorang:
Aku kagum dengan orang yang pandai dan petah berkata-kata. Dari satu isu yang biasa, dia mampu angkat dan huraikan dengan panjang lebar, penuh logik dan fakta. (aku juga boleh jatuh cinta dengan orang seperti ini..aduh!)
Aku kagum dengan orang yang pandai menulis dengan baik. Menulis ini umum, menulis puisi, artikel, cerpen, ulasan dan lain-lain. Tetapi yang paling dekat di hati memang puisi. Puisi ini juga pelbagai. Ada kawan minat dengan gaya puisi sebegini, tetapi aku pula minat dengan gaya puisi sebegitu. (ini mungkin perlu entri yang baru)
Ada banyak lagi perkara yang boleh membuatkan aku kagum dengan seseorang. Tetapi tidak perlulah aku senaraikan semua. Dua perkara di atas adalah yang paling utama, bagaimana aku boleh kagum dengan seseorang. Realitinya, kita tidak perlu bersusah payah melakukan pelbagai perkara, semata-mata untuk menjadikan seseorang kagum dengan kita. Cukup dengan hanya menjadi diri sendiri, dan membawa perwatakan sendiri.
Kerana mungkin ada orang, yang kagum dengan cara kita berfikir.
Kerana mungkin ada orang, yang kagum dengan cara kita memberi nasihat.
Kerana mungkin ada orang, yang kagum dengan cara kita menyelesaikan masalah.
Maka, sekiranya seseorang yang anda harap sangat dia menyatakan rasa kagumnya terhadap anda, tetapi tidak berbuat demikian, tidak perlulah anda bersusah hati atau gusar, kerana mungkin dia juga seperti aku, yang tidak akan menyatakan kekaguman terhadap seseorang secara berterus terang.
Yang penting, jika anda dalam proses mencuba sesuatu, maka teruskan mencuba kerana mungkin ada seseorang yang sedang memerhati dan kagum dari jauh.
p/s: rasa kagum yang seperti pujian dan dorongan itu mungkin perlu kepada seseorang yang cepat lemah semangat dan berputus asa. Juga kepada mereka yang jenis sukakan pujian, mungkin.

No comments:
Post a Comment