October 28, 2010

Jaga-jaga menjaga hati

Orang cakap susah nak jaga hati semua orang, manusia-manusia di sekeliling kita. Kamu yang membaca setuju? Aku setuju. In fact, aku pernah baca satu statement yang berbunyi lebih kurang seperti ini:

“orang yang terlalu menjaga hati SEMUA manusia lain, tak akan berjaya dalam hidup”

(Serius aku tak ingat ayat yang complete dan siapa yang cakap statement ni)

Jadi itulah, memang susah kan nak jaga hati semua manusia. Walaubagaimanapun, aku terfikir satu cara yang mungkin berkesan untuk mengatasi masalah susah menjaga hati manusia ni.

Bagaimana?

Aku mencadangkan agar kamu semua mulai hari ini, tidak perlu lagi bersusah payah menjaga hati manusia-manusia lain. Kamu hanya perlu menjaga mulut dan lidah kamu sendiri, kerana dengan menjaga mulut dan lidah sendiri, kamu secara tidak langsung telah menjaga hati manusia-manusia lain.

Mengerti? Jadi sila mulakan sekarang. Terima kasih.

3 comments:

  1. encik bakal suami selalu bagitahu cik bakal isteri seorang yang menjaga hati....~hihi..apakah beto pandangannya dari sudut kamu yang sudah lama kenal cik bakal isteri itu?

    ReplyDelete
  2. ya~ sangat bangga dengan individu yang bijak menjaga hati di sekelilingnya! ingin menjadi seperti individu itu...tetapi bila asyik menjaga hati lain, hati sendiri tersisih dengan tidak sengaja. Mohon DIA menjaga semua hati, inshaa allah =D

    ReplyDelete
  3. @ etoi sy:
    ya, totally agree with him. Masa mula-mula kenal kamu, selalu terasa hati dan jauh hati. Tetapi sekarang saya dah semakin faham perangai kamu, jadi tidak terasa hati lagi..hehe..

    @ asrari:
    ya, benar kadang-kadang sewaktu menjaga hati orang lain, memang hati sendiri akan tersisih. Dulu saya juga seperti itu, cuba untuk menjaga hati semua orang sampai hati sendiri tersisih. Tetapi sekarang saya fikir, menjaga hati itu adalah bergantung kepada situasi.

    ~Hati manusia Allah yang pegang~

    ReplyDelete