Ingat lagi apa itu izhar halqi? Ikhfak hakiki?
Haha! Aku dah belajar semua benda ni waktu sekolah menengah dulu. Tetapi hari ni, Alhamdulillah, merajinkan diri untuk pergi ke kelas tajwid.
Actually, kelas tajwid ni untuk golongan-golongan yang dah berumur, yang dah veteran. Aku saja teman makcik aku pergi. Saja nak polish balik ilmu-ilmu yang dah ada. Mana yang lupa, boleh ingatkan kembali. Mana yang silap, boleh betulkan kembali. Mana yang hilang boleh cari kembali.
Begitulah. Bila tengok orang-orang veteran ni baru nak belajar mengaji, secara tak langsung, aku bersyukur sebab aku mula belajar dari usia muda. Kalau tidak, memang rugi besar lah aku. (tidak perlu dijelaskan)
Tetapi, aku juga mengucapkan tahniah kepada mereka-mereka yang datang belajar ni. Walaupun dah berumur, mereka masih berkeinginan untuk belajar. Tahniah juga kerana mereka tidak malu dan segan untuk mengkhabarkan ‘kelemahan’ diri. Ya, tidak perlu malu untuk perkara-perkara sebegini. Lebih baik malu sekiranya kita langsung tidak berusaha untuk belajar dan memperbaiki kelemahan diri.
Dalam erti kata lain, belajar ini sesungguhnya tidak mengenal usia. Belajarlah selagi mampu. Belajarlah selagi ada masa dan upaya. Kerana setiap ilmu yang diperolehi, untungnya bukan orang lain, tetapi diri sendiri juga.
Oh, sebenarnya aku juga mahu ucap tahniah kepada diri sendiri kerana hari ni berjaya buat sesuatu yang lebih berfaedah. ‘Dah lama sangat kot cuti daripada aktiviti-aktiviti kerohanian ni’.
p/s: solat sunat dhuha bila nak mula balik tuh?walaweh..!

No comments:
Post a Comment