October 23, 2010

Cerita konvo

Ada sedikit kesempatan malam ini, jadi mahu mencoret sesuatu. Kita cerita tentang konvo, ok? Entri konvo ini mahu dikarutkan dalam bentuk turutan angka, tidak mahu karangan yang panjang berjela. Juga tidak diceritakan secara detail, hanya point-point tertentu.

Baiklah, mari mula.

1. Nak sangat pergi raptai konvo, tapi Allah tak izin. Ditakdirkan, encik bapak dan cik mama naik flight untuk ke Mekah pada 12 hb. Jadi terpaksa menerima dengan hati yang redha (even agak terkilan tak dapat bergambar dengan kawan-kawan)

2. Beberapa hari sebelum konvo aku demam. Mungkin kerana bekerja melebihi keupayaan badan.

3. Malam sebelum konvo, 15 hb baru ada hati nak pergi cari kasut dan baju. Sebelum ni, memang nak hentam pakai apa yang ada.

4. Hari konvo, 16 hb, demam dah ok. Tapi masih ada sisa-sisa virus yang tertinggal dalam badan. Mata masih rasa panas, hidung masih penuh dengan mucus, tekak pun perit. Oh, mata juga masih merah-merah.

5. Bertolak dari rumah dalam pukul 11. Sampai di UPSI jam 1230 lebih. Sampai di audi 1315 lebih! (bayangkan betapa kalutnya nak bersiap. Dah tak reti pakai jubah)

6. On the way ke UPSI, singgah di kedai beli panadol soluble. Satu makan dalam kereta, satu di UPSI.

7. Waktu abang tinggalkan aku dalam kereta untuk pergi beli panadol, aku menangis sekejap, sebab teringat encik bapak.

8. Dalam audi, asyik batuk-batuk. Kawan-kawan pun ada yang ingat aku menangis, padahal memang mata merah.

9. Tak sempat jumpa dengan ramai kawan-kawan. Memang sedih!

10. Tak ada mood untuk bergambar sebab demam dan kamera sendiri rosak.

11. Abang, makcik, pakcik dan seorang sepupu yang datang waktu konvo.

12. Abang bagi teddy. Terima kasih!

13. SESUNGGUHNYA KONVO SANGAT MENYEDIHKAN TANPA KEHADIRAN SEORANG AYAH DAN SEORANG EMAK.

14. Malam, encik bapak telefon tanya pasal konvo. Selepas tekan butang merah, terus menangis sambil disaksikan eton..ohh!

15. Tahniah kepada semua!

1 comment: