Lately aku jarang benar tulis status di facebook. Status yang terakhir, aku tulis pasal demam waktu konvo. (sila check wall aku untuk membaca status penuh, sekiranya berminat)
Entahlah. Malas rasanya untuk menulis apa-apa status. Lebih dari itu, aku terasa agak jengkel sewaktu membaca kembali status-status lama aku.
“Macam harem!”(aku meminjam ayat Eton)
Itu lah. Tentang status di facebook. Aku dah malas nak tulis benda yang ‘entah apa-apa’. Benda yang boleh membuatkan orang label aku ‘sakit jiwa’. Atau ‘jiwang’. Atau orang tu dah tersangat menyampah sampai tak tahu nak label apa.
Jadi, kalau ada mana-mana manusia yang membaca entri ini, dan jadi friend dalam facebook aku, aku minta maaflah kalau status-status aku selama ini mengganggu ketenteraman akal fikiran, minda dan jiwa anda.
Tapi, oh ya, aku juga tidak berjanji yang aku tidak akan tulis status-status ‘entah apa-apa’ itu lagi selepas ini. Cumanya untuk waktu sekarang, aku malas.
Haha!
Untuk perkara yang lebih serius dan jujur, aku pun sebenarnya kadang-kadang menyampah dengan status manusia-manusia lain, yang boleh dilabelkan sebagai ‘entah apa-apa’
“Ek elehh..takde benda lain ke nak tulis?”(aku berkata dalam hati)
Begitulah. Jadi kepada semua, termasuk diri sendiri, mungkin kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum menulis apa-apa status, sebab tulis itu bogel. (ini pinjam ayat Zahiril Adzim)
Tapi, kalau malas fikir pun, tulis sahajalah! Itu kan profile kita sendiri. (ini alasan yang orang ramai selalu guna. Maka, kamu juga boleh tumpang guna sekali)
Sebelum sampai ke penutup, ada beberapa perkara tentang facebook:
1. Perlu ke kita cakap terima kasih kepada manusia-manusia yang ‘like’ status kita? (sila baca dengan nada yang betul kerana ini adalah soalan)
2. Ada 30 lebih manusia request jadi friend tapi aku tak approve. “Maleh eh. Bukan den kenal ekau pun”
3. Aku tak suka application yang photo memories tuh. Rimas!(tapi macam dah takde sekarang)
4. Aku tak pernah main games kat fb (maleh eh tulis panjang-panjang)
5. Apo laie eh? Takde dah kot.
Penutup: Aku mimpi Zahiril Adzim semalam. Gila! (penutup tiada kaitan dengan entri. Haha!)
p/s: Kalau rajin, cuba baca kembali status-status lama kamu semua di fb

No comments:
Post a Comment