April 19, 2010

Kisah batu

Suatu hari sewaktu berjalan aku tersepak batu, lalu jatuh tersungkur.

Aku pun dengan susah payah cuba untuk bangun kembali. Aku pandang kiri kanan, takut-takut ada mata lain yang memandang.

Tapi tak ada langsung mata yang memandang. Fuhh, lega. Aku pun kembali menyusun langkah menuju destinasi yang tergendala sebentar tadi.

Tapi tiba-tiba aku bengang.

Camna aku boleh jatuh tadi?

Aku tak nak salahkan batu sebab aku tahu batu itu tak bersalah langsung. Batu itu batu, aku ni manusia!

Sudahnya aku rasa mata aku yang bersalah. Mata aku yang bersalah kerana tidak memandang batu tadi; sebab itu kaki aku boleh tersepak dan kesannya aku jatuh tersungkur.

Ya, aku mula yakin mata aku yang bersalah sehinggalah secara serangan balas mata berkata:

Yang bersalah adalah otak dan hati kerana mereka berdua tidak bekerjasama dengan anggota badan lain sewaktu bertugas tadi. Mereka berdua sebenarnya sedang berfikir tentang perkara lain. Mereka sebenarnya sedang berfikir tentang ORANG itu.

Otak dan hati: wei, ko ingat senang ke nak lupa ORANG tu? Bagi masa lah beb!

p/s: tolong jangan tanya siapa orang itu ya! Terima kasih.

No comments:

Post a Comment