April 14, 2010

Tiada tema

Mahu menulis sesuatu malam ini.

Baru bangun tidur, sejujurnya. Letih mungkin kerana petang tadi selepas diobserve oleh pensyarah, terasa seperti ada satu beban yang hilang dari dalam diri.

Ooh, sampai begitu sekali ya? Ya, itulah perasaan yang menghuni hati selama menjadi guru praktikum. Menghitung saki baki hari yang tinggal, perasaan menjadi berwarna warni. Sukar digambarkan. Gembirakah? Sedihkah? Terujakah?

Sambung kisah petang tadi.

Selepas tamat waktu persekolahan, aku teman kawan pergi medan Gopeng sebab dia nak beli tiket untuk pulang Kelantan. Alhamdulillah, tiket masih ada lagi. Aku tak beli pun sebab baru sahaja pulang Kedah minggu lepas dengan abang.

Abang? Emm, pada ketika ini aku memang tengah rindu abang. Kebetulannya abang tengah bermasalah dengan ‘chenta’ hatinya sekarang. Aku dah cuba nak tolong setelkan masalah mereka tadi tapi nampaknya macam tak berjaya. Hope they will ok soon.

Alamak! Apa tema entry ini?

Em, sebenarnya mahu menulis sesuatu tentang students.

Tapi kita sambung esoklah ya.

Selamat malam jiwa yang kucar kacir (catatan malam ini kurang nilainya)

p/s: mungkin sudah lama tidak memberi makanan kepada jiwa

No comments:

Post a Comment