April 04, 2010

Aku gila sebentar

Aku tengah gila berpuisi sekarang. Sungguh!

Bagaimana hendak diceritakan kegilaan ini kepada kamu yang membaca? Otak aku berpusing ligat dek penangan tangan dan hati yang mengasak kuat. Wei tangan dan hati, sabarlah! Aku tengah mencari idea.

Idea?

Aku tidak pasti pemuisi yang lain mencari idea dari mana. Dahulu, orang selalu cakap, tempat paling baik untuk mencari idea waktu kita tengah berehat di tepian pantai, ataupun sewaktu ditemani bunyi air terjun, ataupun sewaktu berehat melihat alam. Bergantung kepada diri masing-masing.

Oh ya, sebelum aku sambung, aku bukan pemuisi. Aku hanya manusia yang gila kepada puisi.

Ironinya, aku tidak mendapat idea untuk menulis puisi daripada tempat-tempat yang disebutkan tadi. Aku akan terus berpuisi, bila tangan dan otak memang gila berpuisi. Atau lebih tepat, bila-bila masa idea datang melintas.

Idea jarang ditunggu, kerana aku tahu, semakin aku tunggu dan cari, semakin jauh idea tu lari. Sebab tu, bila ada kawan-kawan yang minta aku buat puisi untuk mereka, atau cari ayat apa-apa yang menarik, aku jadi kaku. Otak jangan haraplah, memang beku terus. Akhirnya aku akan membalas, “sorry, takde idealah”

Kejam kan otak dan tangan aku?

p/s: sebenarnya mahu bermonolog tentang perkara lain, tapi ini pula yang keluar. Takpe, at least, tangan dan otak aku tak lagi menjerit-jerit dari dalam. Fuhh..

No comments:

Post a Comment