April 03, 2010

Hitam itu menawan?

Kamu yang membaca.

Aku tidak ingat bila aku membebel tentang tajuk ni. Tapi disebabkan dah memang ada dalam laptop aku, aku letak ajelah di sini.

Peringatan sebelum membaca:jangan emosional ya!

.......................

Hitam itu menawan.

Kamu, pernah dengar tagline di atas? Kamu tipu kalau jawab tak pernah;ok?

Aku rasa tagline di atas ni dah lama wujud dalam muka bumi ini, lebih tepat lagi dalam industri pengiklanan. Selalunya tagline ini digunakan untuk menjual barang-barang berjenama dan mewah yang berwarna hitam. Contoh? Mungkin juga kenderaan, pakaian, alat sukan, dan banyak lagi.

Satu lagi, barang-barang berwarna hitam ini selalunya pilihan siapa? Lelaki? Baiklah, kali ini kamu tidak menipu.Terima kasih!

Memang barang-barang yang berwarna hitam ini selalunya menjadi pilihan kebanyakan kaum lelaki. Kalau tidak hitam sepenuhnya pun, mesti warna yang masih gelap. (dark blue ke, dark green ke, dark choc ke..) kamu perasan tak? Kan banyak kaum lelaki yang memilih t-shirt hitam, seluar hitam, beg hitam? What else? Banyak lagi kan..

Kamu, setuju tak dengan apa yang aku tulis ni? Aku memanglah setuju sebab bagi aku lelaki memang warnanya begitu. (tetapi urbanisasi sekarang sedikit mengubah warna lelaki ini). Kalau aku tengok mana-mana kaum lelaki ni ada pakai baju yang warna lembut, contoh macam pink ke, kuning cair ke, aku mesti kategorikan lelaki ini sebagai mat jambu dan sewaktu dengannya. Ya, itu mind set aku dan aku rasa tak ramai lelaki di luar sana yang setuju; termasuk abang aku.

Jadi apa isunya sekarang? Baiklah..disebabkan zaman sudah berubah, aku sudah boleh terima golongan-golongan adam yang memilih warna-warna lembut ini. Tetapi pada hakikatnya mereka masih tiada masalah dengan warna hitam. Mereka masih menerima warna hitam dalam senarai kehidupan mereka.

Jadi apa masalahnya? Aku tidak ada apa-apa masalah. Aku cuma terfikir, KALAU ORANG LELAKI BOLEH MENERIMA WARNA HITAM DALAM SENARAI BARANG KEHIDUPAN MEREKA, KENAPA MEREKA TIDAK BOLEH MENERIMA WANITA BERKULIT HITAM/GELAP DALAM HIDUP MEREKA?

Soalan aku di atas ada rasional tak? Tak ada? Tipulah!! Baik, aku tahu mesti ada yang akan kata macam ni, seperti di bawah:

“Lah, bukan semua laki macam tu lah..ada jugak yang suka perempuan dark skin ni..”

Kamu, cuba baca sekali lagi pernyataan di atas. Sudah? Terima kasih.

Ya, BUKAN SEMUA. Tetapi persoalannya situasi ini memang dan masih wujud kan? Aku bahkan berani jamin bahawa majoriti lelaki adalah seperti ini-tidak menerima perempuan dark skin.

Aku pernah tanya satu soalan bodoh kat abang..

"Abang, kalau abang kena pilih perempuan gemuk dengan perempuan kulit hitam, abang pilih yang mana?" (maaf kepada perempuan bersaiz besar di luar sana, tetapi ini adalah hakikat.Maaf)

"Uishh…soalan apa nih??"ini saja jawapan abang..

Haha..abang sendiri pun tak boleh jawab. Aku rasa abang sendiri pun tidak pasti yang mana pilihan hati. Kalau aku tanya kamu semua pula, kamu nak jawab apa?

Ok,ok..aku tidak emosional sewaktu menulis tajuk ni. Macam aku cakap tadi, aku cuma terfikir kerana aku memang dah lama fikir..apa pun jawapan kamu semua, aku tidak kisah kerana aku cuma TERFIKIR.

Harap jangan ada pula yang salah faham dengan tajuk ini. Aku tidak salahkan kaum lelaki ok! Setiap pilihan adalah hak individu.

Yang sebenarnya: Aku tidak kisah aku berkulit gelap asalkan kulit aku sihat.

p/s: Dimanakah menawannya warna hitam?

No comments:

Post a Comment