Aku suka menulis puisi. Kamu semua memang tahu kan?
Tetapi aku tahu tidak ramai antara kamu semua yang tahu sejarah aku dan puisi ni. Kalau kamu nak tahu teruskanlah pembacaan; tetapi kalau tidak berminat bolehlah berhenti membaca. Tiada paksaan.
Baiklah, ini kisahnya.
Aku tidak ingat bila waktu yang betul-betul aku menulis puisi ni. Tetapi yang aku ingat, aku dah mula menulis puisi sejak sekolah rendah lagi. Darjah berapa pun tak ingat juga. Tetapi yang pasti, waktu darjah enam, ada seorang cikgu aku datang jumpa aku, minta aku buat satu puisi untuk majalah sekolah. Aku buat, agak panjang puisinya. Tetapi aku tak sempat tengok hasil akhir sebab tak diberikan hardcopy bila keluar sekolah. Entah-entah cikgu aku tak masukkan pun. Haha..
Itu baru cerita sekolah rendah. Oh ya, waktu sekolah rendah ni jugak aku dapat pengaruh untuk menulis puisi daripada buku-buku sastera yang berlambak di rumah aku. Walaupun bukan dalam bentuk puisi, tetapi novel dan cerpen yang aku baca ni banyak menambahkan vocab Bahasa Melayu aku.
Waktu tu, aku dah mula baca hasil karya Othman Puteh, Usman Awang, Hizairi Othman dan beberapa nama lain. Buku-buku ni aku dapat daripada mak tiri aku, sebab dia cikgu BM waktu tu. Kira buku-buku sastera lama yang dia sudah tidak gunakan akan diberikan kepada aku. Ada juga buku-buku tu bersumberkan ayah aku dan ayah-ayah saudara aku. Dalam erti kata yang mudah, memang daripada keluarga aku sendiri.
Baiklah, sambung cerita ke sekolah menengah.
Di sekolah menengah, aku tetap menulis, puisi ada, cerpen pun ada. Kalau tak silap, dalam Tingkatan 1 atau 2, aku hantar satu puisi aku untuk majalah FOKUS. Pernah dengar tak? Alaa..majalah untuk budak-budak yang nak ambil SPM tuh. (waktu tu bahan bacaan wajib aku majalah FOKUS dan DEWAN SISWA). Aku saja-saja je hantar puisi tu. Tetapi rupanya puisi aku dipilih untuk disiarkan. Hasil daripada puisi tu?RM 50 je. (Senyum)
Tapi selepas tu kebanyakan puisi aku jadi koleksi peribadi sahaja. Tersimpan kemas dalam kertas-kertas putih beberapa buah buku catatan.
Alamak! Panjang lagi cerita tentang sekolah menengah ni. Aku cerita yang itu sahaja dulu ya.
Kemudian, dari matrikulasi ke universiti, sehinggalah sekarang, aku masih tetap menulis puisi. Walaupun puisi-puisi aku ni bukanlah kategori yang bagus pun, (dan aku pun bukan jenis yang perasan bagus, ok!) aku masih akan terus menulis puisi.
Kepada kamu yang membaca.
Puisi aku selalunya adalah daripada pemerhatian dan perasaan aku sendiri. Kadang-kadang puisi aku mungkin kelihatan seperti ‘menyumpah’ orang lain, tetapi hakikatnya tidak. Cuma kadang-kadang ada betulnya juga, bergantung kepada keadaan.(Senyum)
Jadi ini serba ringkas berkaitan sejarah aku dan puisi. Wei, faham ke?
p/s:bila baca balik macam ada yang pelik. Apa-apa je lah..haha

No comments:
Post a Comment