Dengan segala rasa
Dengan segala masa
Dengan segala hati yang hidup dan mati
Aku mahu muntah
Hilangkan semua kemabukan ini
Aku jadi kalut
Ah, bukan aku yang kalut!
Kemabukan ini yang kalut
Aku mahu muntah
Sungguh!
Lalu aku muntah
Di atas kertas moden
Muntah dengan segenap jiwa
Lalu hasilnya adalah himpunan aksara
Nah!
Himpunan aksara ini menjadi bukti kemabukan aku...
Black sapiens
3 Jun 2010
1158 am
atas tilam, dalam ruang empat segi
No comments:
Post a Comment