Sebenarnya sudah menyiapkan dua entri untuk diposkan tetapi malangnya kawan baik aku yang menyimpan segala entri sakit.
Jadi aku terpaksa hantar dia ke hospital. Pembantu perubatan yang bertugas cakap paling cepat dalam masa seminggu penyakit kawan baik aku akan sembuh, paling lewat pula mungkin sebulan.
Wah, sebulan? Lama tu. Mampukah aku bertahan?
Oh kawan baik, kamu tenang sahaja di sana ya; dan aku sendiri akan cuba menenangkan hati aku.
Tetapi kamu tahu, aku sangat rindu kamu. Jadi kamu cepat sembuh ya!
sekarang sedang meminjam kawan baik adik aku.
ReplyDelete