December 06, 2010

Catatan kosong

Sudah lama tidak bermonolog. Ya, aku tahu. Bukan kerana malas atau tiada rasa, tetapi line broadband tidak mahu bekerjasama. Kejam sungguh dia! Kalau kamu ada lihat aku online di facebook pun, itu hanya untuk beberapa minit sahaja. Percayalah.

Tetapi entah mengapa, hari ini broadband lain macam baiknya. Semenjak dari pagi sehingga sekarang, yang boleh dikatakan petang, dia masih berfungsi dengan baik dan selaju mungkin.

Wah!

Baiklah, sedikit update tentang diri aku.

"Sudah mendapat kerja sebagai tukang ajar, tukang didik, tukang bebel, tukang taip, dan tukang-tukang yang lain di sebuah sekolah di Pulau Pinang"


Itu sahaja? Ya, untuk waktu sekarang itu sahaja. Yang lain-lain akan dikhabarkan semula nanti.

Aku juga mahu ucap selamat menyambut tahun baru. Atau salam Maal Hijrah 1423. Ucapan yang lebih panjang, boleh rujuk status di profile facebook aku.

Oh ya, hari ini juga aku sangat gembira kerana encik Zahiril Adzim sudah mengupdate blognya. Rindu sangat mahu baca sekumpulan ayat yang lahir dari jiwa yang sama.

Sekian.

p/s: sangat berharap Malaysia akan menang lawan Laos petang ni!

No comments:

Post a Comment