November 09, 2010

Hati masih belum cukup besar

Aku: Cik hati, saya ingat kamu dah besar, rupa-rupanya kamu masih belum cukup besar.Hhmmm…

Cik hati: Ya cik Izzati, saya memang masih belum cukup besar. Saya ingat cik Izzati dah tahu.

Aku: Kalau ikut logic, saya dah besar panjang sekarang. Tinggi macam galah. Tetapi kenapa kamu kecil pula? Kamu sepatutnya besar, sama seperti saya.

Cik hati: Saya tidak dapat menjelaskan perkara ini dengan baik. Tetapi saya tahu yang cik Izzati memang sudah mencuba untuk membesarkan saya. Saya minta maaf kerana tidak dapat membesar seperti yang cik Izzati harapkan. Cuma, saya berharap sangat yang cik Izzati tidak berpura-pura tentang isu besar ini.

Aku: Saya faham cik hati. Tetapi yang saya bimbang adalah orang-orang di sekeliling saya. Mampukah mereka faham?

P/s: Ini perbualan di antara aku dan hati sendiri. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment