Pada suatu malam, seorang kelawar yang agak kacak dan bergaya keluar bersiar-siar di sebuah taman yang indah. Kemudian, sang kelawar itu singgah sebentar di dahan sebuah pokok yang rendang, dengan tujuan menanti kedatangan pembahagi jiwanya.
Sewaktu menanti kedatangan pembahagi jiwanya dengan sabar, sang kelawar memerhati sekeliling alam dengan penuh rasa kagum. Tatkala beliau memandang ke atas, beliau ternampak seorang bulan dan beberapa orang bintang sedang rancak berbual sambil sesekali ketawa manis.
Tiba-tiba beliau terfikir bahawa bulan dan bintang itu mungkin adalah kawan baik. Oh, atau mungkin kawan rapat. Sebab kawan baik tidak semestinya kawan rapat, dan kawan rapat tidak semestinya kawan baik. Ya, mungkin juga.
Beliau kemudian terfikir lagi, bahawa bulan dan bintang berkawan baik (atau berkawan rapat) kerana mereka sama-sama muncul pada waktu malam. Jadi mereka boleh bertemu janji dan bergurau senda bersama-sama.
Begitulah mengikut pemikiran seorang kelawar tadi.
Dan kemudian beliau memanjangkan lagi pemikiran beliau tentang hubungan seorang bulan dan seorang matahari. Beliau berfikir, si bulan mungkin tidak berapa baik dengan si matahari kerana mereka jarang bertemu. Kalau mahu bertemu, mereka perlu pastikan bumi mengalami gerhana.
Jadi jika begitu keadaannya, sudah pastilah bulan malas mahu berkawan dengan matahari. Kan?
Untuk memastikan tentang hal itu, beliau pun terbang tinggi, terus kepada bulan yang sedang asyik bergurau dengan bintang. Beliau kemudiannya terus bertanya tentang hal itu kepada encik bulan, dengan perasaan ingin tahu yang tinggi.
Mahu tahu jawapan seorang bulan? Begini jawapannya.
Memang aku seorang bulan, dan dia seorang matahari. Dan memang aku hanya muncul pada waktu malam, dan dia hanya muncul pada waktu siang. Tetapi perbezaan ini tidak pernah menghalang kami untuk berkawan baik. Dan bagi aku, sebuah persahabatan tidak perlu berlandaskan kepada nilai kesamaan semata-mata. Mengerti?
Kelawar tadi lalu berlalu pergi sambil menundukkan kepala, rapat ke bawah. Dalam ruang otaknya tergambar seorang burung.
p/s: entri khas, untuk semua manusia yang bernama kawan.

No comments:
Post a Comment