Malam ini keluar berburu, dalam hutan tebal sangat. Alat untuk memburu hanyalah kawan baik dan juga headphone. Lama tidak memburu menimbulkan rasa yang tidak enak. Lebih dari itu, terasa seperti tersepit di antara rasa cinta rindu dan rasa tanggungjawab.
Malam ini berharap sangat hasil buruan akan memberangsangkan tetapi entah kenapa, semua abjad-abjad bersembunyi jauh dalam hutan.
Aku mencari, menggali, menanti, memandang atas, memandang bawah, memandang keliling.
Resah berkahwin dengan serabut akhirnya, lalu mengeluarkan seorang anak yang bernama ‘kecewa’.
Baiklah. Aku berhenti berburu. Sebentar untuk malam ini. Tetapi aku akan kembali lagi esok.
p/s: kadang-kadang aku seperti mahu pinjam kamu sebentar sebagai ‘umpan’ untuk berburu. Aku janji, ia hanya sebentar. Boleh kamu pertimbangkan?

No comments:
Post a Comment