Tinggalkan saja aku dalam hutan
Kerana hutan itu gelap
Dan gelap buat aku bahagia
Tinggalkan saja aku dalam hutan
Kerana hutan itu sepi
Dan sepi buat aku gembira
Tinggalkan saja aku dalam hutan
Kerana hutan menyimpan kunang-kunang
Dan kunang-kunang akan pinjamkan aku sesudu cahaya
Tinggalkan saja aku dalam hutan
Kerana hutan bukan rumah aku
Rumah aku adalah ruang empat segi yang memerangkap aku
Tinggalkan saja aku dalam hutan
Kerana bosan itu lebih jahat daripada hutan
Black sapiens
22 Julai 2010
2130 pm, depan tv, Alor Setar
No comments:
Post a Comment