August 02, 2010

Cahaya yang dicari

Ada bulan mahu pinjamkan aku secarik cahaya
Tetapi aku fikir
Malam yang gelap itu lebih sangat memerlukan dari aku

Ada matahari mahu pinjamkan aku sebakul cahaya
Tetapi aku fikir
Siang yang panjang itu lebih sangat memerlukan dari aku

Ada kunang kunang mahu pinjamkan aku sesudu cahaya
Tetapi aku fikir
Hutan yang luas itu lebih sangat memerlukan dari aku

Ada segugus lampu mahu pinjamkan aku segaris cahaya
Tetapi aku fikir
rumah yang besar itu lebih sangat memerlukan dari aku

Ada lilin putih mahu pinjamkan aku setitik cahaya
Tetapi aku fikir
pondok yang usang itu lebih sangat memerlukan dari aku

jadi aku diam
bungkam di sebalik kegelapan
kerana aku tahu
cahaya yang sebenarnya aku cari
ada pada DIA

black sapiens
1 ogos 2010
1850 pm, alor setar

No comments:

Post a Comment