Kata orang, kita, manusia adalah pelakon di atas bumi ini, bumi yang diibaratkan sebagai pentas. Kita adalah pelakon yang memainkan watak masing-masing berdasarkan skrip yang telah diberikan. Skrip yang merangkumi pelbagai cerita, cerita tersendiri, cerita masing-masing.
Kamu yang membaca setuju?
Aku tidak setuju. Sungguh.
Bagi aku kita semua, manusia di atas muka bumi ini bukan pelakon yang memainkan watak masing-masing berdasarkan skrip yang telah diberikan pengarah.
Kerana bagi aku jika kita sudah mengetahui skrip yang akan kita lakonkan, itu bermaksud kita sudah mengetahui apa yang Allah telah rencanakan untuk kita semua.
Masih belum jelas?
Baiklah, begini. Seperti yang aku faham, dan mungkin kita faham, untuk menjayakan sesuatu cerita, seseorang pelakon perlu mendapatkan skripnya. Dia perlu faham dan hafal watak, dialog dan cerita yang akan dilakonkannya. Jika tidak, dia pasti tidak dapat menjiwai wataknya dengan baik.
Jadi sudah terang lagi bersuluh yang dia sudah tahu cerita hidupnya itu. Dia sudah ‘master’ dengan plot cerita hidupnya.Dia sudah tahu apa yang akan terjadi dari setiap saat ke minit, dari minit ke jam dan dari jam ke hari. Dia sudah tahu apa yang akan berlaku dari satu babak ke satu babak, dari satu scene ke satu scene sehinggalah ke pengakhirannya. Bermakna, dia sendiri sudah mengetahui pengakhiran kisah hidupnya (pengakhiran dari perspektif lain kerana kita semua tahu kita akan mati pada akhirnya).
Jadi, kembali kepada realiti, berdasarkan dalil aqli dan dalil naqli, adakah kita benar-benar mengetahui cerita hidup kita dalam muka bumi Allah ini? Adakah kita sudah mengetahui setiap apa yang telah Allah rencanakan dalam hidup kita? Adakah kita mengetahui apa yang akan terjadi kepada kita sejam yang akan datang?pada esok hari?minggu depan?bulan depan?tahun depan?
Jawapannya tidak bukan? Paling tidak yang kita tahu adalah apa yang sudah terjadi kepada kita. Kita tahu yang semalam kita sakit, kita tahu yang minggu lepas kita kemalangan, kita tahu yang tahun lepas kita putus tunang.
Justeru, memang kita bukan pelakon yang memainkan watak masing-masing di atas muka bumi ini berdasarkan skrip yang telah diberikan pengarah. Ingat, Allah tidak pernah memberikan kita skrip. Skrip hanyalah sebuah cerita yang ditulis oleh seorang manusia untuk manusia manusia lain.
Tetapi di sebalik itu, aku juga setuju bahawasanya kita semua adalah pelakon. Kita semua adalah pelakon dalam kalangan pelakon pelakon lain. Cumanya kita tidak memerlukan sejenis medium yang bernama skrip untuk memainkan watak kita.
Contohnya mudah. Begini ya.
Kita pernah rasa tidak senang (atau tidak suka) dengan perangai seseorang tetapi kita berpura-pura kita suka dengannya. Menjaga hatinya mungkin. Jadi, bukankah kita sedang berlakon?
Kadang-kadang kita rimas dengan kerenah-kerenah orang di sekeliling kita. Kita rimas dengan manusia manusia sekeliling yang banyak bertanya, banyak bercakap, banyak bersangka sangka tetapi kita hanya mampu diam dan tersenyum seolah-olah kita tiada apa apa rasa. Bukankah ini juga menunjukkan kita seorang pelakon?
Kita juga kadang-kadang berpura-pura yang kita suka mendengar cerita kawan tentang masalah cintanya, masalah hatinya, masalah jiwanya tetapi sebenarnya kita tidak. Kita tidak sabar-sabar mahu habiskan perbualan kita dengan kawan itu tetapi kita tidak boleh. Kita mesti juga dengar. Kerana dia adalah kawan kita, kawan yang perlu dijaga hatinya. Tetapi, tidakkah kita sebenarnya seorang pelakon di sini?
Ya, sebenarnya sedar atau tidak sedar memang kita adalah pelakon. Kita adalah pelakon di hadapan pelakon pelakon lain. Cumanya lakonan kita ini tidak memerlukan skrip yang panjang berjela itu.
Persoalannya perlukah kita berlakon?
Terserah kepada kamu yang membaca.
p/s I: Allah sentiasa merencanakan yang terbaik untuk kita. Teruskan berdoa ya!
p/s II: ingat, kita tidak pernah ada konsep bohong sunat dalam Islam. (senyum)
p/s III: banyak benda yang tidak original dalam hidup, termasuk pelakon pelakon di sekeliling kita.

No comments:
Post a Comment