June 18, 2011

kecewa tambah kecewa, jumlahnya dua kecewa

KECEWA 1

Wei,

Dah lama kot aku tunggu Bob (Zahiril Adzim) keluarkan buku beliau. Ingat lagi, kali pertama menjengah dan membaca blog beliau, terus terfikir:

“Eh, mamat ni ada keluarkan buku tak?”

Dan hari ini, 18 Jun 2011, apa yang aku tunggu-tunggu selama hampir 2 tahun, atau 3 tahun mungkin, muncul jua. Beberapa hari sebelum 18 Jun, penat juga aku mencari manusia-manusia yang mampu untuk menolong aku mendapatkan ‘Bogel Menuju Tuhan’.

Tetapi, aku GAGAL.

Tiada siapa pun yang dapat (sudi menolong tetapi tidak mampu menolong) meletakkan naskhah berharga itu di depan muka aku.

Aduh! Tipulah kalau aku tak kecewa.

Memang aku boleh beli online, tetapi rasa yang ini tidak sama. Hilang nikmat orang kata.

KECEWA 2

Baru sampai seminit di kampung halaman, aku dikejutkan dengan berita kecurian. Ya, kecurian! Atau orang kampung Kedah panggil ‘kawaq masuk rumah’

Aduh! Tipulah kalau aku tak kecewa.

Kerana yang dicuri ialah Dell, laptop pertama yang muncul dalam hidup aku

Memang laptop Dell ini sudah tidak berfungsi dengan baik, tetapi aku memandang kepada nilai sentimental yang terdapat di dalamnya.

Dengan Dell itulah aku belajar YM.

Dengan Dell itulah aku belajar chatting.

Dengan Dell itulah aku jatuh cinta, dan belajar bercinta.

Dan dengan Dell itulah aku menyimpan semua cerita.

Jadi, kecewa, tambah kecewa, jumlahnya dua kecewa!

No comments:

Post a Comment