February 13, 2011

Ungkapan berpuaka

Sejak akhir-akhir ini, aku semakin faham dan mengerti, bahawa ungkapan TAK KISAH dan ungkapan IKUT SUKA itu sesungguhnya sangat sangat menyakitkan hati.

Eh, pembetulan.

Ungkapan berdua itu sangat menyenangkan hati orang yang mengucapkannya, tetapi sangat menyakitkan hati orang yang mendengarnya (orang yang ditujukan dengan ungkapan tersebut)

Kontra, tetapi sangat bermakna.

Jadi, mulai hari ini, aku perlu setkan kembali minda aku supaya mengurangkan ungkapan-ungkapan berpuaka tersebut, sebelum orang-orang sekeliling bertambah menyampah dengan aku.

Mode: kecewa dengan beberapa keputusan yang dibuat lewat belakangan ini. Tetapi apa boleh buat, nasi yang bersifat pepejal tadi sudah menjadi cecair.

p/s: perlu membekukan kembali cecair (bubur) supaya menjadi nasi.

No comments:

Post a Comment