February 24, 2011

Demam kosong

Ada sehelai kertas kosong duduk senyap di atas meja usang. Dia memandang aku ragu, juga sayu.

Sedangkan aku,dengan otak yang semakin layu memandang kosong kepada dia, penuh lesu.

Kertas tadi kemudian berkata:

hai manusia, aku perlukan aksara-aksara indah dari kamu untuk mengisi kekosongan ini, setelah sekian lama menyepi.

Aku bungkam sendiri, dan akhirnya berkata:

maaf kertas kosong, hati aku sangat kosong sekarang, tiada langsung aksara, tiada langsung rasa yang boleh aku ukir untuk menemani kamu.

Dan sebelum kertas kosong tadi menjawab, aku pegang dia kuat, ikat ketat dan kemudian simpan dalam satu ruang berkunci.

"sehingga demam kosong ini hilang, kamu bertapa saja dalam ruang berkunci ini"

p/s: jangan paksa aku tulis puisi sekarang, kerana kita sama-sama 'kosong'

No comments:

Post a Comment