Waktu praktikal di Ipoh dahulu, yang majoriti pelajarnya adalah non-muslim, ada beberapa soalan yang diajukan oleh mereka kepada aku, dan aku masih ingat sampai sekarang. Kenapa masih ingat? Sebab soalan tu sangat memberi kesan di hati, juga kadang-kadang sedikit menyakitkan (dan membuatkan aku tersentap).
Soalan apa?
Nah, begini.
1. Cikgu, you muslim ke?
2. Cikgu, you ada breast? (maaf kalau aku sedikit terbuka, tetapi ini adalah hakikat)
3. Cikgu, you boleh cakap tamil?
4. Cikgu, kenapa tudung you sangat panjang?
5. Cikgu, kenapa orang islam selalu buang anak?
Dalam erti kata lain, soalan-soalan tersebut lebih berkisarkan kepada fizikal aku. Tetapi tidak mengapa, aku terima.
Sekarang, setelah dipostingkan di sebuah sekolah jenis kebangsaan cina, masih ada juga soalan-soalan yang memberi kesan di hati. Tetapi kesan untuk yang ini lebih dalam dari yang dahulu.
Nak tahu soalan apa? Mari aku kongsikan. Oh sebelum itu, kalau dahulu sewaktu praktikal para pelajar yang mengajukan soalan, tetapi kali ini rakan-rakan seposting non-muslim yang mengajukan soalan.
Baiklah, begini soalan-soalannya.
1. Izzati, kenapa baju you semua panjang-panjang? Macam baju tidur pun ada. You pakai baju tidur ke?
2. Izzati, kenapa itu orang melayu, ada yang pakai tudung sangat pendek dan ada pula yang sangat panjang?Ada juga yang tak pakai tudung. Itu apa beza meh?
3. Izzati, kenapa orang melayu masih boleh jatuh cinta dengan perempuan yang pakai tudung? Kalau perempuan itu rambut tak lawa macam mana? Dia kan belum tengok itu rambut lagi.
4. Izzati, kenapa orang melayu perlu pergi kursus sebelum kahwin? Itu kursus belajar apa?
5. Izzati, kamu mau pergi sembahyang ke?lama tak kamu ambil air sembahyang?eh, kenapa you all kena ambil air sembahyang sebelum itu?
6. Izzati…izzati…izzati…
Jadi, pada pemikiran kamu, soalan mana yang paling mencabar?
p/s: terima kasih kerana menyedarkan dan mengingatkan aku tentang tanggungjawab sebagai seorang islam. Malangnya aku masih belum sempurna, belum cukup ilmu dan masih belajar.

mungkin beban itu tidak terlampau berat utk dipikul andai kita yg sefikrah, berkumpul, bergerak & melangkah bersama~ bertebaranlah hati berjiwa muslim, sebarkan Islam pada semua. Allah ada...
ReplyDeleteterima kasih sahabat. sama-sama kita saling mengingatkan~
ReplyDelete