January 26, 2012

Ini catatan tergantung

Hari ini, sewaktu di terminal bas Shahab Perdana menunggu encik bapak datang menjemput, ada seorang manusia datang duduk di sebelah aku. Manusia ni aku kenal dari dalam bas lagi, jadi dia tidak segan silu untuk ikut dan duduk di sebelah aku. (jadi aku bertindak seperti dirinya juga)

Aku macam biasa, layan saja manusia itu tanpa sekelumit pun rasa prejudis.

Tetapi lama kelamaan, aku mula berasa tidak selesa. Tidak selesa kerana manusia itu asyik merungut tentang kelewatan ahli keluarganya datang menjemput.

Dia merungut kerana sejak dari pagi dia belum makan. Belum minum. Belum membuang air kecil dan air besar. Belum berbaring di atas tempat yang selesa. Belum segalanya yang biasa. (ada yang aku tambah)

Jadi, di sebalik ketidakselesaan itu, aku hanya tersenyum.

Kerana aku cuba faham, dia ialah seorang manusia biasa yang penat dan bosan menunggu. Lagipun, ini kali pertama dia menggunakan khidmat bas. Maka wajar untuk dia berkeadaan seperti itu.

Berbanding aku, aku telah biasa. Biasa dengan segalanya.

Lalu di sebalik pesta orang ramai dan ratusan kereta yang silih berganti keliling aku, aku boleh duduk di atas kerusi, di sebalik dinding putih, sambil menunggu encik bapak datang dengan tenang. Hanya kerana aku sudah biasa menunggu sedari kecil, menunggu di atas tangga kayu sambil memandang beg sekolah, menunggu di pagar, juga sambil memandang beg sekolah, maka aku sudah biasa menunggu, tanpa rasa penat dan bosan.


Ini catatan yang dinukil pada 30 September 2010. Tergantung sepi dalam laptop ini. Mahu disambung tapi tidak tahu, kerana ruang yang lepas sudah berbeza dengan ruang yang sekarang.

p/s: Perempuan menunggu, lelaki mengejar :)

No comments:

Post a Comment