December 08, 2011

Kamu sudikah?

Ya, ceritanya tugas sebagai pengawas SPM sudah berakhir secara rasminya. Jujur, tugas ini bukanlah memberikan beban yang sangat berat kerana aku riang gembira sahaja sepanjang tempoh itu. Oh, lebih dari itu, banyak kemahiran dan ilmu baru yang berjaya dipungut. *mari memandang sesuatu dari sudut positif*

Dan, ceritanya lagi, bulan orang mendirikan rumah tangga masih belum berakhir. Masih berbaki beberapa minggu. Masih berbaki beberapa jemputan yang wajib dihadiri sekiranya berkesempatan. Dan aku tenang-tenang sahaja di sini.

Tenang kerana melihat manusia-manusia yang meraikan hari istimewa itu juga tenang. (Seperti yang aku kisahkan sebelum ini, menghadiri walimah itu memberikan dua kegembiraan).

Cuma, ya, bila berkumpul ramai-ramai, sambil ketawa gembira menyaksikan pasangan raja sehari, pasti akan ada yang bertanya:

“Hang bila pulak wei?”

Haha.

Soalan yang tidak sudah-sudah diulang.

Dan ini skema jawapan aku yang baru:

“Aku mencari seseorang yang sudi menjahit jalan cerita aku yang koyak rabak. Kamu sudikah?”

Itu hari dipaksa jadi pengapit. Pengapit paling tak cantik rasanya.

No comments:

Post a Comment