Kamu tahu?
Aku sanggup dibebani masalah kerja yang bertimbun, tetapi sejuta kali tidak sanggup dibebani masalah yang melibatkan hati dan perasaan manusia lain.
Sungguh!
Kerana masalah hati dan perasaan manusia lain, sangat susah untuk disetelkan.
Sekali hati tercalar, parutnya mungkin akan kekal di situ. Sekali kepercayaan runtuh, bertahun untuk membinanya kembali. Sekali kita berbuat salah, selamanya orang akan ingat.
Hampeh-celaka-sial.
Ya, aku benci dibebani masalah yang melibatkan hati dan perasaan manusia lain.
p/s: Ini bukan hati perasaan yang merujuk kepada cinta. Ini lebih dari itu.
No comments:
Post a Comment