Hujan belum turun di luar, cuma terdengar bunyi guruh. Bintang dan bulan aku tak tahu muncul atau tidak kerana aku belum mengintai dari celah-celah ruang tingkap rumah aku yang berhabuk ni.
Aku tak tunggu bulan.
Aku tak tunggu bintang.
Aku tak tunggu hujan.
Aku tahu, aku tengah tunggu dia. Kenapa dia belum muncul ya? Aku yang terlalu menanti atau dia yang ingin aku menanti?
Ah, ini parah. Aku semakin gelisah. Lalu bangun menuju ke tingkap. Aku selak tirai yang bukan tirai, mengintai makhluk Tuhan di langit. Nah! Tiada bulan, tiada bintang. Yang ada hanya lampu-lampu rumah kotak di seberang sana. Dia? Memanglah tiada di langit, sebab dia makhluk yang hidup di atas tanah.
Aku kecewa. Kembali duduk di atas tilam sambil menaip entri ini. Dalam hati resah gelisah semakin menebal. Ah, ini tak boleh jadi.
Hati, kau buat perangai lagi ya?
p/s: Situasi ini, ruang ini, penantian ini, perasaan ini, fikiran ini adalah BAHAYA.
No comments:
Post a Comment