Situasi 1: dalam sebuah kelas
Cikgu: ok, balik rumah saya nak awak buat latihan 1 sampai latihan 5. Tolong jawab dengan ayat lengkap ya. Saya tak nak awak bagi point sahaja. Awak mesti huraikan setiap point yang awak bagi.
Pelajar: cikgu, sampai latihan 5 ke?banyaknya. Discount lah sket cikgu.
Cikgu: no discount! Awak balik rumah nak buat apa sangat?mesti balik rumah lepas makan awak tonton tv. Kemudian duduk depan laptop, online facebook, bukak youtube layan justien bieber. Awak tau tak, rugi masa awak bila asyik layan facebook je.banyak lagi kerja lain yang awak boleh buat daripada layan facebook ni. Awak tau tak, orang yang asyik online facebook ni sebenarnya dia takde life tau.
Pelajar: diam
*bunyi loceng, pelajar lari keluar nak kejar bas sekolah. Cikgu pun lari keluar juga, sebab tak sabar nak sampai rumah. Sampai rumah nak bukak facebook, nak tengok apa kawan-kawan nak komen pasal gambar kereta baru dia.
Situasi 2: dalam sebuah kelas
Cikgu: Dalam setiap perkara yang berbentuk ujian, awak mesti banyak bersabar. Bila awak ada masalah, jangan cepat berputus asa sebab setiap masalah mesti ada penyelesaian. Kadang-kadang masalah ni memberikan kebaikan kepada kita. Sebab apa?sebab dengan masalahlah kita dapat kenal siapa diri kita, dan siapa kawan-kawan yang akan sentiasa bersama kita.
Pelajar: cikgu, macam mana nak handle orang-orang yang tak reti hormat orang lain? Kadang-kadang saya sedih jugak. Kita cakap elok-elok, dia balas dengan maki hamun. Kadang-kadang kesalahan bukan besar mana pun, tapi respon dia..umak ai…tak tau nak cakap cikgu.
Cikgu: biasalah, manusia ada macam-macam perangai. Awak jangan cepat melenting dan cepat melatah dengan benda-benda macam ni. Awak kena kenal dan faham dulu kawan awak. Mungkin perangai dia memang macam tu ke. Yang penting, awak kena banyak bersabar. Jangan awak pun maki hamun dia balik.
Pelajar: menganguk-angguk kepala tanda setuju dan faham.
*bunyi loceng, cikgu cepat-cepat keluar kelas sebab ada kelas satu lagi di bangunan sebelah. Cikgu menambahkan kelajuan perjalanan, naik tangga dua tingkat, akhirnya sampai. Cikgu masuk, bagi salam sambil muka serius. Cikgu suruh pelajar hantar latihan. Kemudian cikgu kira. Eh, tak cukup satu? Cikgu tanya siapa tak hantar latihan. Ada seorang angkat tangan, sambil muka takut-takut. Cikgu tanya kenapa tak hantar. Pelajar jawab dia tak sempat buat. Cikgu angin, tenung muka pelajar tadi lama. Kemudian dia menjerit kuat campur nyaring, sampai dengar pelajar bangunan sebelah.
p/s: kesian pelajar-pelajar sebab dapat cikgu yang jenis ‘cakap tak serupa bikin’.
Catatan tambahan 1:
Selamat Hari Guru untuk semua manusia yang pernah melakukan sesuatu yang ‘menepati konsep guru’. Kalau rajin dan ada banyak masa, sila buka page Zahiril Adzim (sekali lagi) kat facebook dan cuba tonton filem pendek bertajuk The Invigilator. Filem pendek ni aku nak tujukan kepada semua guru-guru, teristimewa guru-guru baru. (Walaupun bukan aku yang buat filem ni)
Catatan tambahan 2:
Sekolah aku tak sambut lagi hari guru. Kemungkinan besar sambut dalam bulan Julai atau Ogos. Jadi, untuk menimbulkan mood hari guru, aku beli satu buku, tajuk "Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik". Layan~

....................................................................................................

* kredit to Yunus untuk gambar. Super duper like!
No comments:
Post a Comment