Ramai kawan mengadu banyak kerja di sekolah. Kena buat itu, ini, begitu begini. Biasalah, cikgu baru.
Aku?
Rasanya aku jarang bercerita sangat tentang life di sekolah. Cuma kadang-kadang saja, bila hati dah tak tahan. Kalau kawan-kawan lain selalu update status kesibukan mereka di fb, aku pula lain stylenya.Entahlah, tak selesa mungkin untuk bercerita ‘kesibukan dan kesibukan’ terkini.
Tetapi kalau di blog, aku rasa lebih selesa. Mungkin sebab sebenarnya tak ramai pun yang tahu kewujudan blog ini. Haha!
Baiklah, Cuma mahu khabarkan, aku terasa agak sibuk sekarang. Banyak benda dalam kepala otak. Laporan pun banyak tak siap lagi (bahana tangguh kerja). Kajian tindakan pun belum setel lagi. Buku pun banyak belum disemak. Silibus pun banyak tak cover lagi. Oh, ini yang paling menakutkan sebenarnya. Takut kalau silibus untuk ujian pertengahan tahun aku tak sempat habis. Bahaya!
Interview spp? Aku dah dapat. Tarikh 22 April. Bersyukur sangat sebab bukan minggu ni. Minggu ni jadual aku dah full. Tak boleh adjust.
Ok, untuk semua, all the best ya untuk interview spp!
p/s: macammana busy pun kerja, aku still rasa aku ‘ada life’. Ramai lagi orang yang kerja sampai ‘takde life’ weh!
No comments:
Post a Comment