Aku ke taman suatu petang
Ke taman aku suatu petang
Lalu memetik sekuntum bunga
Kuhidu rapat
Harum
Enak
Sedap
Penuh rongga hidung
Lalu berjalan ke ruang otak
“Oh..sungguh aku kenal haruman ini!!”
Otak menjerit kuat
Menendang-nendang dengan ganas di sebalik tengkorak keras
Otak ulang kembali jeritan tadi
“Haruman bunga ini!”
“Aku kenal haruman ini!”
“Haruman ini adalah kenangan itu!”
“Kenangan itu!”
Lalu hidung membalas
“Kalau haruman ini adalah kenangan itu
Aku mahu memuntahkan kembali
Sungguh!”
(lalu bersin dengan sekuat hati)
Aku berjalan pulang
Sambil kepala berpusing-pusing dan hidung mula berair..
Black sapiens
29 Mac 2010
Bilik rumah sewa Ipoh
No comments:
Post a Comment